Khususnya dalam kalangan pelajar wanita di jamiah mu’tah, Jordan, wanita
ibarat bunga. Cantik dan indahnya pada pandangan mata hanya
sementara.Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia
akhlaknya, kerana akhlak itu umpama bunga diri.Tiada guna juga berwajah
cantik tetapi hati kosong dari ilmu.
Wanita
ibarat bunga bila dipandang tetapi, baunya busuk. Ada pula yang kurang
menarik dan baunya juga kurang menyenangkan. Ada juga bunga yang tidak
menarik pada pandangan mata kasar, tetapi bila dilihat dengan mata
hati, ternyata amat tinggi nilainya.
Wanita
adalah makhluk Allah yang amat istimewa, kemuliaan dan keruntuhan
sesuatu bangsa terletak ditangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah
menetapkan hukumnya ke atas mereka , walaupun berat mata dipandangan
mata si jahil dan engkar tetapi ia adalah kemanisan yang dicicip wanita
solehah.
Bersyukur
pada Allah taala kerana kita dianugerahkan dua nikmat yang terbesar,
iaitu nikmat iman dan islam,dengan nikmat tersebut dapat memberi kepada
kita kehidupan yang harmoni dalam menjalani kehidupan sebagai hamba
Allah swt.
Manusia adalah makhluk
Allah taala yang ditaklifkan untuk mengabdikan diri kepadanya,
sebagaimana yang terdapat dalam firmanya: “Tidak ku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepada Allah taala”,
apabila ditaklifkan sedemikian , sebagai hambanya wajib kita mentaati
segala larangan dan suruhanya sebagaimana yang telah diterangkan dalam
Al-quran dan sunnah Rasulullah S.A.W , yang mempunyai pelbagai hukum
hakam yang wajib dipatuhi oleh semua manusia.
Segala
peraturan yang ditetapkan adalah amat sempurna , meskipun demikian
terdapat pelbagai pendapat dalam sesuatu hukum, ia merupakan usaha-usaha
para ulama’ untuk mentafsirkan ayat-ayat Al-quran dan hadis Rasulullah
S.A.W sebagai panduan seluruh umat manusia. Disini ingin saya
mengetengahkan hukum yang telah menjadi khilaf para ulama’ iaitu
mengenai aurat wanita islam. Diantara yang dibincangkan adalah mengenai
purdah atau lebih dikenali sebagai niqob.
Terdapat pelbagai pendapat ulama’ tentang adakah niqob wajib pakai atau tidak, diantara pendapat ulama’ yang mengatakan ianya wajib
berdalilkan pada riwayat oleh iman Al-Bukhari dari Aisyah
radhiyallahuanha: dalam bab pakaian yang dipakai oleh seorang yang
berihram, kata aisyah “mana-mana perempuan tidak boleh menutup muka atau
memakai purdah dan tidak boleh memakai pakaian yang bercelup merah dan
kuning” (sila rujuk dalam kitab fiqh sirah dr. Sa’id Ramadhan Al-buthi)
dan beberapa dalil lagi yang menunjukkan bahawa purdah adalah wajib
untuk wanita islam. Pada zaman ini, di kalangan ulama yang kuat
menegaskan wajah wanita adalah `aurat antaranya Al-Syeikh Ibn Baz
r.h.dalam fatwa-fatwanya yang banyak, juga Dr. Sa`id Ramadhan al-Buthi
dalam buku kecilnya “إلى كل فتاة تؤمن بالله” dan sebelum itu `Abu al-`Ala al-Maududi r.h dalam bukunya al-Hijab.
Sementara yang menyatakan niqob tidak wajib dipakai adalah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya “النقاب للمرأة المسلمة، بين القول ببدعيته، والقول بوجوبه” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam “جلباب المرأة السلمة في الكتاب والسنة dan selepas itu sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut beliau menulis الرد المفحم. Demikian juga Muhammad al-Ghazali dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.
Alasan-alasan
yang dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah
bukannya `aurat adalah jelas dan nyata. Antaranya:
a) Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31
وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنّ
Maksudnya:
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali
yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher
bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara:
Pertama: Jumhur menafsirkan maksud: ِإلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا
(maksudnya: kecuali yang zahir daripadanya) ialah wajah dan tapak
tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm
al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah,
al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Sesiapa yang menginginkan
keterangan lanjut boleh melihat kitab-kitab tafsir, hadith dan fiqh
ketika para `ulama menghuraikan ayat ini. Al-Syeikh al-Albani r.h.
memperincikan lagi perbincangan ayat tersebut dalam kitabnya الرد المفحم
membukti bahawa muka dan tapak tangan bukannya aurat bagi wanita
muslimah dan beliau menyenaraikan riwayat para sahabat yang memegang
pendapat ini.
Kedua: ayat di atas menyatakan:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
(maksudnya) “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepalamereka”.
Allah hanya memerintahkan agar ditutup جيوب iaitu jamak kepada جيب ataupun kita terjemahkan sebagai bahagian dada yang terdedah disebabkan belahan leher baju. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Ayat ini tidak langsung menyebut agar mereka menutup wajah mereka. Kalaulah wajah itu adalah `aurat, maka sudah pasti ayat ini akan turut memerintahkan agar mereka menutupnya juga.
Allah hanya memerintahkan agar ditutup جيوب iaitu jamak kepada جيب ataupun kita terjemahkan sebagai bahagian dada yang terdedah disebabkan belahan leher baju. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Ayat ini tidak langsung menyebut agar mereka menutup wajah mereka. Kalaulah wajah itu adalah `aurat, maka sudah pasti ayat ini akan turut memerintahkan agar mereka menutupnya juga.
Oleh
itu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi menyebut dalam al-Muhalla: “Ayat
adalah dalil bahawa diharuskan membuka wajah, tidak mungkin sama sekali
difahami selain dari itu”
b) Firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 52
لا يَحِلُّ لَكَ النِّسَاءُ مِنْ بَعْدُ وَلا أَنْ تَبَدَّلَ بِهِنَّ مِنْ أَزْوَاجٍ وَلَوْ أَعْجَبَكَ حُسْنُهُنَّ
(maksudnya)
“Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain
sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh
menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baru sekalipun kecantikan
mereka mengkagumkanmu, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki.
Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengawasi tiap-tiap sesuatu”.
Ayat
ini ditujukan kepada Nabi s.a.w.. Daripada ayat ini jelas bahawa para
muslimat ketika zaman baginda s.a.w. tidak menutup wajah mereka, jika
tidak bagaimana mungkin kecantikan mereka boleh menarik perhatian
baginda. Ini tidak mungkin melainkan wajah mereka terbuka dan dapat
dilihat.
c) Di dalam sebuah hadith daripada Abu Kabsyah alAnmari, katanya:
كَانَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسًا فِي
أَصْحَابِهِ فَدَخَلَ ثُمَّ خَرَجَ وَقَدِ اغْتَسَلَ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ
اللَّهِ قَدْ كَانَ شَيْءٌ قَالَ أَجَلْ مَرَّتْ بِي فُلانَةُ فَوَقَعَ
فِي قَلْبِي شَهْوَةُ النِّسَاءِ فَأَتَيْتُ بَعْضَ أَزْوَاجِي
فَأَصَبْتُهَا فَكَذَلِكَ فَافْعَلُوا فَإِنَّهُ مِنْ أَمَاثِلِ
أَعْمَالِكُمْ إِتْيَانُ الْحَلالِ
(Suatu
ketika Rasulullah s.a.w. duduk bersama sahabat-sahabat baginda.
Tiba-tiba baginda masuk (ke dalam rumah baginda), kemudian keluar dalam
keadaan baginda sudah mandi. Kami pun bertanya: “Wahai Rasulullah!
Apakah berlaku sesuatu?”. Jawab baginda: “Ya! Telah melintasi di
hadapanku fulanah (perempuan tertentu yang dikenali), maka timbul dalam
hatiku syahwat terhadap wanita, lantas aku pun mendatangi salah seorang
dari isteriku dan menyetubuhinya. Demikianlah yang mesti kamu lakukan,
kerana antara amalan kamu yang baik ialah mendatangi yang halal”
(Riwayat Ahmad dan al-Tabarani di dalam الأوسط . Kata al-Albani dalam سلسلة الأحاديث الصحيحة sanad hadith ini hasan, bahkan lebih tinggi dari hasan إن شاء الله) .
Walaupun
perawi hadith tidak menyebut nama wanita berkenaan, tetapi perkataan
fulanah dalam bahasa arab bermaksud wanita tertentu yang dikenali. Ini
menunjukkan Rasulullah s.a.w. mengenalinya. Sebagai Rasul yang bersifat
dengan keinsanan maka timbulnya perasaan dalam hati baginda seperti mana
ianya timbul dalam jiwa seorang insan lelaki yang normal. Maka untuk
melepasi perasaan tersebut baginda mendatangi seorang daripada
isteri-isteri baginda, iaitu Zainab seperti yang dinyatakan dalam
riwayat yang lain. Juga hadith ini adalah tunjuk ajar Nabi s.a.w. secara
praktikal kepada para sahabat.
Dalam riwayat-riwayat yang lain disebut:
فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمُ امْرَأَةً فَأَعْجَبَتْهُ فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ فَإِنَّ ذَاكَ يَرُدُّ مِمَّا فِي نَفْسِه
“Apabila
seseorang kamu melihat seseorang wanita yang mengkagumkannya, maka
datangilah isterinya, kerana itu dalam menyelesaikan apa yang ada
dirinya” (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Baihaqi, Ahmad, lafaz
hadith di atas ialah lafaz al-Imam Ahmad).
Jika
kita teliti hadith ini, kita akan bertanya, “bagaimana mungkin
kecantikan wanita zaman tersebut boleh menarik perhatian lelaki jika
mereka semua menutup wajah atau berniqob?. Ini menunjukkan mereka tidak
menutup wajah mereka.
d) Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain:
عَنْ
عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِي اللَّه عَنْهممَا قَالَ كَانَ
الْفَضْلُ رَدِيفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَجَاءَتِ امْرَأَةٌ مِنْ خَشْعَمَ فَجَعَلَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا
وَتَنْظُرُ إِلَيْهِ وَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَصْرِفُ وَجْهَ الْفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الْآخَرِ
Daripada
Ibn `Abbas r.a., katanya Al-Fadhal (bin `Abbas) pernah menjadi radif
Rasulullah s.a.w. (menaiki unta yang sama di belakang Rasulullah).
Datang seorang wanita dari khasy`am. Lalu al-Fadhal memandangnya dan dia
pun memandang al-Fadhal. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke
arah lain.
Jumhur ulama’ telah berpendapat:
Imam Hanafi: boleh buka tapak tangan dan muka tapi wajib ditutup sekiranya boleh datangkan fitnah.
Imam Maliki: mempunyai perbezaan diantara wanita cantik dan kurang cantik,wajib kepada yang cantik dan sunat kepada yang kurang cantik.
Imam Hanbali: wajib tutup seluruh tubuh termasuk keduanya kecuali ketika darurat.
Imam Shafie: tidak wajib menutup keduanya dengan syarat selamat daripada fitnah.
Dr.
Yusuf al-Qaradhawi dalam pertemuaannya bersama para peserta kursus
“Ulama Masa Hadapan” yang diadakan oleh Kesatuan Ulama di Kaherah, pada
hari Selasa, 7/4/09 menyatakan: “niqab” (tutup muka bagi wanita)
bukanlah suatu yang wajib, bahkan beliau berpendapat wanita muslimah
hari ini lebih utama untuk tidak memakai niqab(berdakwah, medekati dan
bercampur dengan wanita yang tidak menutup aurat).
Ketika menjawab soalan yang diajukan, beliau berkata:“النقاب أمر أوجبه بعض العلماء وأجازه بعض العلماء.. وأنا لا أرى أنه واجب.. وإنما من أرادت أن تنتقب فلها حريتها في هذا.. وإن كنت أنا في عصرنا هذا أرى أن الأولى بالمسلمة ألا تنتقب حتى تستطيع أن تختلط بالمتكشفات وأن تقترب منهن”.
Maksudnya: “Niqab (tutup muka bagi wanita) adalah perkara yang diwajibkan oleh sebahagian ulama, dan sebahagian yang lain pula mengharuskannya… sedangkan saya tidak berpandangan ianya sebagai satu perkara yang wajib, sebaliknya wanita yang hendak memakai niqab, maka dia ada kebebasan melakukannya… cuma pada masa sekarang saya berpendangan, yang lebih utama seorang muslimah tidak perlu memakai niqab agar dia dapat mendekati dan bercampur dengan wanita yang tidak menutup aurat (utk berdakwah kepada mereka).
Dilihat
pada fatwa terbaru yang dikeluarkan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi , niqob
adalah sesuatu yang fleksibel digunakan dimana sahaja dan dan disesuatu
tempat yang adakalanya harus bagi kita membukanya bila keadaan darurat
atau mempunyai kepentingan yang tersendiri contoh ketika berdakwah atau
sebagainya, pernah kita mendengar desas-desus mengatakan kita mestilah
istiqomah memakai niqob walau dimana sahaja kita berada dan apapun
situasi walau keadaan darurat sekalipun, oleh itu mari kita imbas
kembali jika ada semua yang berniqob terlalu berpegang dengan perinsip
yang tidak kena pada tempatnya contoh ketika ingin berdakwah, dia
memakai niqob dan pastinya orang yang ingin didakwah susah untuk
didekati, dan ini telah menyebabkan ruginya peluang untuk menarik orang
kepada kebaikan dan melarang orang dari berbuat keburukan sebagaimana
dalam quran ada menyatakan dalam firmanya: “ orang-orang mukmin
lelaki dan orang-orang mukmin perempuan itu saling bantu-membantu
menjalankan tugas menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang
mungkar” dan lagi firmanya: “kamu adalan
sebaik-baik ummah yang dilahirkan untuk manusia agar kamu dapat
menegakkan yang ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran dan beriman kepada
Allah swt.”
Sebagaimana
yang kita fahami dari ayat tersebut, kita semua adalah
dipertanggungjawabkan untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran , dan ini membuktikan, kita kurang bijak untuk mengatur
strategi untuk berdakwah jka sekiranya kita berpegang dengan prinsip
yang tidak kena pada tempatnya dan ini juga akan mengundang kemudaratan
yang lebih besar dan tidak dapat member manfaat yang baik untuk
islam.Oleh itu, kepada yang berniqob haruslah berfikir dengan
sebaik-baiknya tentang kegunaan niqob mengikut keadaan tetentu kerana ia
mempunyai dua pendapat yang berbeza diwajibkan atau tidak, dan jika
sekiranya membuka niqob memberi kebaikan atau manfaat untuk islam,
diharuskan membukanya ketika itu dan jika keadaan bukan didalam suasana
yang tidak memerlukan kita membukanya, haruslah bagi kita menjaga
kehormatan niqob tersebut.
Demikian
telah saya bentangkan hujah-hujah para ulama’ yang mengatakan wajah
wanita islam aurat atau tidak, ini membuktikan bahawasanya niqob
merupakan perkara yang patut diberi perhatian dan tidak boleh dipandang
remeh oleh semua golongan khususnya wanita islam.
Kembali kepada tajuk perbincangan yang hangat diperkatakan
oleh sesetengah pihak tentang niqob yang dipakai oleh mahasiswi Jamiah
Mu’tah adakah ia merupakan ibadah atau trend semata-mata. Setelah dibuat
pemerhatian yang teliti , ramai dikalangan pelajar yang memakai niqob
tidak memahami apakah matlamat memakai niqob, adakah memakainya kerana
semata-mata untuk menutup wajah? (suka-suka, takut hitam terkena matahari, malu pada syabab, tutup kat syabab melayu sahaja, tutup kat syabab arab sahaja) atau
kerana ia merupakan ibadah yang terdapat padanya dalil yang telah
dibentangkan diatas kerana ia memilih diantara dua pendapat,wajahnya
aurat atau tidak? Ada juga yang memberi alasan memakai niqob mengikut
‘uruf semasa atau tempat,(dibandingkan Malaysia dan Jordan).
Apapun alasan yang diberikan oleh puteri-puteri yang memakai niqob ia berbalik kepada niat
tersendiri seseorang itu dan mestilah seiring dengan adab-adab
pemakaian niqob .Jika memakainya kerana Allah taala,ia merupakan
ibadah, dan jika memakainya kerana adat atau trend ,ianya hanyalah
sia-sia disisi Allah taala, sepertimana dalam hadis telah menerangkan
mengenai niat dalam berbuat sesuatu perkara,jika niat kerana Allah
,disana ada ganjaran sebagaimana yang diniatkanya.
Apabila
dilihat kepada adanya dalil-dalil yang mengatakn niqob itu wajib atau
tidak memakainya, maka semestinya ia mempunyai ganjaran tersendiri oleh
Allah taala mengenai purdah. Diimbas kembali satu kisah bermulanya
kejahatan yahudi terhadap orang-orang islam mengenai seorang wanita
islam yang telah ditarik niqobnya oleh yahudi tersebut dan kerana itu
telah berlaku perbunuhan antara yahudi dan orang islam, ini membuktikan
niqob bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh, kerana memakainya
memerlukam kesabaran,ketahanan dan keberanian.
Sebagaimana
yang kita tahu, aurat wanita islam ialah seluruh tubuh melainkan muka
dan tapak tangan, termasuk wajah yang menjadi khilaf para ulama’,
semuanya terpulang kepada kita ingin memilih mana-mana pendapat, yang
pastinya kita sebagai hamba Allah Taala yang dipertanggungjwbkan dengan
pelbagai tuntutan wajib bagi kita mematuhinya. Oleh itu, kita sebagai
wanita islam haruslah meneliti dalam setiap pergerakan perbuatan kita
supaya tidak terjatuh dalam perkara yang tidak diredhoi Allah taala,
khususnya pada puteri-puteri yang memakai niqob, janganlah memandang
niqob tersebut hanya sehelai kain yang dapat menutup muka dari dilihat
orang, jadikanlah niqob itu sehelai kain yang dapat menghijab kita dari
perkara –perkara haram atau perkara yang tidak diredhoi Allah Taala,
kerana bila diperhatikan ramai dikalangan yang berniqob tidak menganggap
niqob itu sebagai ibadah, jika sekiranya seseorang itu niatnya ibadah
pasti niqob itu dapat membentengi kita dari perkara maksiat, ketahuilah
terdapat beberapa hikmah disyariatkan memakai niqob, antaranya dengan
memakai niqob dapat mentarbiyah diri kita kerana akan timbul rasa malu
pada sehelai kain yang menutup muka, kerana malu yang terbit dari purdah
itu adalah malu yang luar biasa kerana timbulnya malu kepada pencipta
yang menundukkan lagi pandangan dan merasakan lagi kehinaan kepada Allah
taala sekaligus malu pada perkara yang dimurkainya.
Bila
diteliti kenapa isu niqob digembar-gemburkan dalam kalangan pelajar
Mu’tah kerana adanya segelintir yang memakai niqob tidak memakainya
dengan penuh ketaqwaan sebaliknya telah menimbulkan fitnah kepada niqob,
kerana ada yang berpurdah membukanya mengikut kemahuan( tanpa ada kemudaratan dan kepentingan tersendiri), tidak menjaga dari sudut ikhtilat contoh bercouple, berchatting, bermesej tanpa ada urusan yang sepatutnya, ada yang menunjukkan sikap yang kurang sopan, tidak menutup aurat dengan sempurna dan sebagainya, oleh itu ia dapat menimbulkan fitnah kepada niqob, yang
pada asalnya merupakan satu kebanggaan kepada wanita islam, sehinggakan
ada yang menyarankan supaya membatalkan hasrat memakai niqob dibumi
Mu’tah ini, sedangkan memakainya adalah suatu jihad, berbeza daripada
puteri yang tidak memakai purdah, kerana memakai niqob menahan sedikit
kesukaran( menahan panas ,sesak nafas@sebagainya), sebelum ini ia
menjadi kegerunan bagi para lelaki tetapi sekarang menjadi satu
ejekan,satu tohmahan dan memberi sangkaan buruk kepada si
pemakai…mahukah kita, niqob yang menjadi suatu kegerunan pada suatu masa
dulu berterusan menjadi suatu tohmahan akibat perbuatan dikalangan
puteri-puteri Mu’tah yang memakainya tanpa menjaga akhlak?
Disini
tidak akan timbul trend atau apa-apa istilah lain yang diberikan kepada
pelajar berniqob jika sekiranya si pemakai memakai dengan niat kerana
Allah Taala dengan penuh ketaqwaan .Wahai sahabat-sahabatku sekalian ,
ukurlah setiap inci perbuatanmu adakah sudah menepati garis panduan
seorang wanita islam? Cuba sahabat-sahabatku renungi ayat-ayat Allah
Taala.
Firman Allah dalam surah An-nisa’, ayat 124,bermaksud:
“Barangsiapa
yang mengerjakan amalan yang soleh bagi lelaki mahupun wanita sedang ia
seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke syurga dan mereka tidak
dianiyai walau sedikitpun”
Ayat
ini menerangkan bahawa islam tidak membezakan kedudukan atau darjat
seseorang sama ada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan
ketaqwaan mereka kepada Allah taala.
Daripada Abdullah bin Amru, sesungguhnya rasulullah bersabda : “ dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah”
Maka kitalah wanita yang disebutkan dalam hadis, merupakan
perhiasan dunia ,tetapi adakah kita menghargai anugerah pangkat
keindahan yang Allah beri ini?, Sesungguhnya wanita adalah sebaik-baik
perhiasan lebih dari perhiasan batu permata ,betapa bersinarnya ia ,
akhirnya sinar itu pasti pudar ..tetapi wanita solehah sinarnya tidak
akan luput dari dunia ini dan diberikan darjat disisi Allah Taala..oleh
itu..janganlah kita menjatuhkan martabat kita sebagai seorang wanita
solehah sama seperti pudarnya batu permata….sesungguhnya wanita solehah
jauh lebih tinggi darjat yang telah diangkat oleh Allah Taala .
Firman Allah Taala, surah Al-isra’:ayat 32:
“Dan janganlah kau menghampiri zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji.dan suatu jalan yang buruk”
Ayat
diatas menerangkan tentang akibat perzinaan, Sesungguhnya zina itu keji
dan suatu jalan yang buruk, cuba sahabat-sahabat renung kembali pada
ayat tersebut dengan lebih ditil lagi dari sudut maksudnya yang ingin
diketengahkan…bahawasanya segala wasilah yang boleh membawa kepada
perzinaan juga adalah haram disisi Allah Taala..contoh:bermesseg,
berchatting (tanpa ada keperluan) tidak menjaga pandangan
mata,friendster ( jika x menggunakan dgn baik), tagged, blog-blog yang
melabelkan dengan label islamik tetapi tidak selari dengan syara’,
talifon(bergayut dengan seseorang yang bukan muhrim tanpa ada keperluan)
dan sebagainya yang boleh membawa kepada kancah maksiat…disana
menpunyai perkara-perkara yang syubhah disisi islam kerana terlampau
banyak percampuran yang negatif dan positif, jika diimbas kembali,
jalan-jalan ke arah tersebut amat luas rangkaianya, ia merupakan salah
satu agenda individu atau persatuan yang ingin menghancurkan umat islam
tanpa disedari.
Bahaya pandang-memandang: firman Allah Taala dalam surah An-nur:ayat 31:
“Dan
katakanlah olehmu(Muhammad), kepada orang-orang perempuan yang
beriman:hendaklah mereka itu memejamkan setengah daripada mata
mereka……..”
Buraidah r.a berkata:bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a:
“Ya
Ali! Janganlah kamu ikutkan satu pandangan dengan pandangan yang kedua,
kerana sesungguhnya hanya pandangan yang pertama sahaja(terpandang) dan
tidak bagi kamu pandangan yang kedua” (riwayat Imam Ahmad,Abu
Dawud,Tirmizi dan Al-hakim)
Ayat
tersebut menjelaskan kepada kita tentang bahaya pandang-memandang ini
dapat mengundang ke arah yang tidak baik , kerana sebagaimana Rasulullah
S.A.W menegaskan “sesungguhnya pandangan itu panah yang berbisa daripada syaitan(iblis) dan pepatah melayu “dari pandangan mata akan jatuh ke hati”
jadi dilihat di sini pandang-memandang amat bahaya kesanya, walau
hanya jeling-menjeling dihujung mata. Oleh itu awaslah kita pada janji
syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah Taala..mahukah kita tewas
dengan musush utama kita?
Rasulullah
S.A.W telah bersabda:”Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari
kemudian, maka janganlah ia bertemu sendirian di suatu tempat dengan
wanita yang tidak ada sertanya mahram daripadanya ,kerana sesungguhnya
yang ketiganya tentu syaitan”(riwayat Imam Ahmad dari Jabir r.a)
Firman Allah Taala dlm surah An-nur:ayat 31:
“
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka, melainkan barang
apa yang telah nampak daripadanya ,dan hendaklah mereka itu mengulurkan
tudung kepala mereka atas leher dan dada mereka”
Firman Allah Taala dalam firmanya dalam surah An-nur ayat:31:
“Dan
janganlah mereka menghentakkan kaki-kaki mereka,agar diketahui barang
apa yang tersembunyi daripada perhiasan –perhiasan mereka”
Hadis nabi S.A.W:
“setiap pagi menjelang,dua malaikat akan berseru “celakalah lelaki yang
menggoda wanita dan celakalah wanita yang menggoda lelaki”(riwayat Ibnu
Majah dan Al-hakim)
Firman
Allah Taala dalam surah An-nur ayat:31 dan hadis Rasulullah telah
mengajar kita tentang aurat wanita dan menceritakan akibat perangai
wanita yang suka menggoda dengan pelbagai cara, antaranya tidak menutup
aurat, bertabarruj dan sebagainya. Berhati-hatilah kepada
sahabat-sahabatku, janganlah kita menjadi celaka sepertimana yang
diceritakan didalam hadith rasulullah dan sentiasalah perbetulkan niat
apabila kita ingin melangkah keluar dari rumah supaya tidak tergolong
dalam golongan orang yang dicelakakan oleh para malaikat.
Seruan Ali –thontowi kepada muslimah:
“disini
aku tujukan semua kata-kataku ini kepadamu wahai puteriku yang beriman
dan sentiasa berpegang dengan agama.wahai puteriku yang mulia lgi
suci.sesungguhnya tidak ada pengobanan melainkan dari kalian wahai
puteriku.
Janganlah
kamu biarkan dirimu menjadi korban kepada penyembelihan iblis
laknatullah, janganlah kamu mendengar kata-kata mereka yang akan
menghiasi diri kalian dengan pencampuran bebas diatas nama kebebasan,
kemodenan, pembangunan dan kehidupan social bermasyarakat.
Adapun
aku merupakan seorang bapa kepada 4 orang anak perempuan dan ketika
mana aku mempertahankan kalian(sebenarnya) mempertahankan anak-anak
perempuanku.aku juga inginkan kebaikan keatas kalian seperti mana aku
inginkan kebaikan keatas anak-anak perempuanku.
Inilah
nasihatku kepadamu wahai puteriku, dan inilah kebenaran, maka tak
perlulah engkau mendengarnya tapi ketahuilah sesungguhnya hanya di
tangan kamu wahai puteriku, bukan pada tangan sekalian kami ini.
Pada
tangan-tangan kamulah kunci segala kebaikan.sekiranya kamu benar-benar
berkehendak maka akan baiklah dirimu dan akan baiklah masyarakat
keseluruhanya dengan sebab perubahan yang kamu mulakan ini..”
Apa
yang telah ana coretkan kepada puteri-puteri Mu’tah Jordan khususnya
kepada puteri-puteri yang berniqob, adalah demi kebangkitan muslimah,
merupakan harapan agama, bangsa dan negara.jika tidak dimulakan dari
kita, maka siapa lagi?tepuk dada, tanya iman.
Kepada
muslimah yang berniqob, sedarlah bahawa orang ramai memberi pandangan
positif tentang kredibiliti kepada muslimah memakai niqob, dikatakan
mempunyai akhlak dan kuat pegangan dalam agamanya, jadi mahukah kita
menjadi hipokrit terhadap niqob itu? pakailah ia selari dengan
tuntutannya semestinya kerana Allah Taala. sesungguhnya memakainya
adalah ibadah bukan trend .
Ukhuwwah fillah abadan, sedetik bersama, seabad terasa…jaga diri, jaga hati, jaga iman dan muhasabah diri.
ditulis oleh Aishah Binti Harun, pelajar universiti Mu'tah, Jordan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar